Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Serangan bom bunuh diri melibatkan pengganas berusia 10 tahun menggegarkan sebuah pasar di Damaturu, Utara Nigeria.
Para saksi dan sumber hospital menyebut, pengeboman ini terjadi pada pukul 9:50 pagi waktu tempatan Damaturuu.
Seorang saksi berkata, serangan bom sebaik sahaja seorang gadis yang membawa bahan letupan memasuki pasar. Tambahnya lagi, gadis ini mengidap penyakit psikologi dan masyarakat sudah lama mengenalnya.
Jurucakap polis berkata, serangan bom menjadikan masyarakat awam yang ingin melalui pintu pemeriksaan keselamatan sebagai sasaran.
Jururawat di hospital Sani Abaca memaklumkan, 15 jasad dan 47 yang cedera telah dipindahkan ke situ di mana 8 korban dari kalangan wanita dan kebanyakan mangsa cedera parah.
Hingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab, namun Boko Haram merupakan kumpulan pengganas yang melakukan beberapa siri serangan yang serupa sebelum ini.
Boko Haram suatu ketika dahulu mengumumkan taat setia mereka terhadap kumpulan pengganas IS (Negara Islam) setelah menerima kekalahan yang parah akibat bertempur dengan askar kerajaan.



.............